V SHEM (kiri) dan Wee Kiong akan bertemu pilihan pertama dari Korea Selatan.
V SHEM (kiri) dan Wee Kiong akan bertemu pilihan pertama dari Korea Selatan.

Rio de Janeiro: Dua beregu negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Vivian Hoo-Woon Khe Wei berdepan nasib tidak baik diundi menentang pilihan utama pada suku akhir Sukan Olimpik Rio.

V Shem-Wee Kiong, yang mengejutkan pilihan keempat Fu Haifeng-Zhang Nan untuk menjuarai Kumpulan B kelmarin, kini berdepan pilihan utama beregu lelaki Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan, hari ini.

Yong Dae-Yoon Seong sekadar muncul naib juara Kumpulan A apabila mereka tewas mengejut dalam tiga set di tangan beregu Russia, Vladimir Ivanov-Ivan Sozonov.

Rekod pertemuan tidak memihak V Shem-Wee Kiong yang hanya menang sekali dalam enam pertemuan dengan beregu Korea itu.

Beregu wanita negara juga dijangka sukar ke separuh akhir apabila diundi menentang pilihan utama Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi dari Jepun pada suku akhir, hari ini.

Mereka tumpas semua tujuh pertemuan dengan beregu nombor satu dunia itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2016 @ 9:56 AM