Singapura: Pasangan Ho Ying-Lee Rou You sekadar meraih pingat gangsa dalam acara beregu wanita ping pong apabila tewas di saingan separuh akhir di Stadium Tertutup Singapura, hari ini.
Mereka tumpas kepada pasangan tuan rumah yang juga pilihan pertama, Feng Tianwei-Yu Meng Yu 9-11, 7-11, 8-11, 4-11.
Ia adalah pingat sulung negara di temasya dwi tahunan ini menjelang upacara perasmian yang akan berlangsung Jumaat ini.
Pasangan Singapura itu juga adalah pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2015 China yang berlangsung Mei lalu.