Daripada Aziman Rosdi di Singapura


Singapura: Gandingan Ho Ying/Lee Rou You memastikan sekurang-kurangnya pingat gangsa pertama Sukan SEA Singapura bakal diraih esok selepas mereka mara ke separuh akhir acara beregu ping-pong wanita dengan menewaskan pasangan Indonesia Dwijayanti Gustin/Kharisma Nur Hawwa 3-0 di suku akhir, hari ini.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura, pasangan negara mengatasi lawan dengan keputusan 11-6, 11-8 dan 11-6.

Pada separuh akhir esok mereka bakal menentang pasangan tuan rumah Feng Tianwei/ Yu Mengyu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2015 @ 4:26 PM