MITSUBISHI Triton terbaru yang dilancarkan. FOTO Erywan Norshal
MITSUBISHI Triton terbaru yang dilancarkan. FOTO Erywan Norshal
Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan generasi kelima trak pikapnya menerusi Triton terbaru, hari ini.

Triton terbaru itu dibangunkan menggunkan konsep 'Trak Utiliti Sukan Terhebat', menggabungkan keselesaan ruang dalaman kereta penumpang dengan fungsi keupayaan pikap.

Generasi itu dilengkapi butang penghidup enjin, operasi tanpa kunci, lampu hadapan Xenon HID yang disepadukan dengan lampu siang.

Selain itu, ia dipadankan ciri pilihan Pacuan Empat Roda (4WD) dan sistem audio sesentuh paparan dengan kamera undur.

Ia juga menggunakan enjin 2.5 liter terbaik dalam kelasnya dengan menyalurkan kuasa maksimum 178 PS serta tork mencecah 400 Nm.

Trak pikap itu menawarkan lima varian, manakala spesifikasi tertinggi iaitu Triton VGT Adventure transmisi automatik dijual pada RM108,273.68 atas jalan tidak termasuk insurans.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Won-Chul Yang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 2:09 PM