Bagi peminat setia program realiti Qu Puteh Bintang Bersama Bintang disiarkan TV3 setiap Ahad, malam ini hanya lima kumpulan akan bersaing apabila Kepoh dikatakan menarik diri.

Menurut sumber, keputusan mengejut Kepoh membuat penganjur ralat kerana tiba-tiba mahu berundur selepas peluang diberi. Walhal sudah banyak dilakukan stesen televisyen untuk menaikkan kumpulan ini. Tindakan Kepoh dianggotai Lizujuhan Hamzah dan Suffian Shafri tak ubah seperti kacang lupakan kulit.

Sha dimaklumkan, kononnya Kepoh tidak dapat meneruskan perjuangan dalam program ini atas sebab peribadi dan sudah tidak bersefahaman. Namun alasan itu tidak kukuh, sekali gus mengecewakan produksi.

Dalam masa sama, produksi dapat tahu Suffian terbabit dengan penggambaran dua drama. Adakah ia punca sebenar pengunduran Kepoh?

Kata sumber, kalau cakap pasal komitmen, peserta lain pun sibuk. Masing-Masing terikat dengan pelbagai program, termasuk Bocik dan Achey. Tak ada pula timbul cerita tak dapat bagi komitmen!

Kalau dah tak sudi, nak buat macam mana. Bukan boleh dipaksa dan produksi teruskan dengan peserta yang ada.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2015 @ 5:02 AM