PENGGAYAAN ruang membangkitkan suasana tersendiri.
PENGGAYAAN ruang membangkitkan suasana tersendiri.

Pilih warna daripada tona redup dan sejuk untuk dinding bilik hiburan, malah lebih pekat dan gelap warna bilik hiburan itu semakin meningkatlah ‘mood’ menonton.

Zaldeco Inspirations menyarankan warna seperti ungu tua, coklat gelap, kelabu gelap atau hitam amat sesuai dipadankan dalam ruang bilik itu.

Semakin kurang pencahayaan dan semakin gelap bilik itu, paparan gambar tayangan kelihatan lebih jelas.

Bagi yang mempunyai peruntukan besar, pilih kertas dinding yang boleh menambah mood, biasanya jenis polos dan kurang bercorak.

Namun, bagi yang memiliki ruang bilik hiburan lebih luas, pemilihan kertas dinding daripada rona bercorak boleh diadaptasikan.

Perkongsian idea hebat turut mengambil kira kepentingan penggunaan kertas dinding sebagai penyeri latar dinding.

Letak saja kertas dinding, suasana ruang nyata berubah sepenuhnya. Bayangkan motif atau latar yang dipilih itu menggambarkan satu keunikan dan nilai eksklusifnya.

Penggunaan elemen hiasan ini juga mampu mencipta dekorasi luar biasa.

Pilihan motif dan latar kertas dinding berbeza pada setiap ruang bukan satu yang menyakitkan pandangan sebaliknya ia menjadi tarikan dan mencetuskan idea unik sekali gus memperlihatkan fungsi ruang yang berbeza.

Bagaimanapun, dalam menonjolkan kertas dinding untuk bilik hiburan, pastikan coraknya bukan sembarangan.

Lebih baik kertas dinding untuk bilik hiburan hadir dalam corak atau motif yang bersangkut paut dengan ‘mood’ menggambarkan ia adalah ruang bilik hiburan.

Jangan sesekali mengenakan kertas dinding daripada warna yang terang atau penuh dengan corak jika bilik hiburan anda terhad atau kecil kerana

selain mengganggu tumpuan, ia kelihatan seolah-olah bilik hiburan semakin padat.

Pilih penghawa dingin yang sesuai supaya anda dapat bersantai dan menonton dengan selesa bersama keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2015 @ 5:42 AM