WARNA beige menampilkan keanggunan neutral.
WARNA beige menampilkan keanggunan neutral.
Nor ‚Asyikin Mat Hayin

BAHANG Aidilfitri semakin terasa dan bakal menjelang beberapa hari lagi. Pastinya persiapan menyambut perayaan ini menjadi lebih rancak.

Langsir termasuk dalam senarai 'keperluan' Aidilfitri bagi mereka yang gemar menghias rumah untuk kemeriahannya.

Ada segelintir yang mengambil pendekatan menukar langsir setiap tahun atau dua tahun sekali demi memenuhi cita rasa hiasan dalam rumah pada Aidilfitri.

Bagaimanapun ada panduan yang boleh anda ikuti dalam pemilihan langsir yang betul supaya tidak 'mencacatkan' suasana, menceriakan kediaman serta sepadan dengan hiasan dalaman rumah.

Mungkin ada yang kebuntuan untuk mencari langsir yang sesuai dan kali ini ia dikongsikan Sri Maju Curtain.

1. Keanggunan neutral

Tingkatkan ruang kehidupan anda dengan tirai berwarna neutral seperti putih, beige dan kelabu.

Pilihan warna yang tidak lapuk ditelan zaman kerana ia lebih mudah untuk dipadankan dengan pelbagai gaya perabot dan warna dinding rumah.

2. Padanan monokromatik

Dapatkan padanan visual yang harmoni dengan memadankan warna tirai dan perabot atau warna cat dinding.

Pilih warna dalam palet sama untuk menghasilkan penampilan yang serasi dan berkelas.

3. Kontras komplementari

Jika menggemari sesuatu yang luar biasa, anda boleh keluar daripada zon selamat dengan memilih langsir warna kontra dengan hiasan dalaman rumah.

Contohnya, padankan perabot biru dengan langsir berwarna oren atau kuning terang untuk mencipta kesan kontras yang menarik, namun seimbang.

4. Kepelbagaian corak

Jika semua perabot di dalam bilik berwarna solid (kosong), maka pilihan yang baik ialah menggunakan reka bentuk langsir bercetak untuk kediaman.

Boleh gunakan cetakan unik dan corak geometri dalam ruang kontemporari, manakala bunga akan sesuai dengan hiasan klasik dan tradisional moden.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 April 2024 @ 6:30 AM