PILIH rona dan motif cadar yang ringkas atau polos.
PILIH rona dan motif cadar yang ringkas atau polos.
Hafiz Ithnin


BAGI pemilik, kadang-kala apabila berdepan dengan ruang yang kecil di dalam rumah seperti bilik tidur atau stor menyimpan makanan pasti memeningkan untuk memastikan ruang itu tidak menjadi 'negatif.'

Sebenarnya apabila mempunyai ruang yang kecil kita boleh menjadikannya sebagai ruang yang bermanfaat supaya ia tidak dibiarkan kosong atau menjadi tempat menyimpan barangan yang tidak 'berguna' di dalamnya atau stor yang tidak terurus.

Minggu ini, dikongsikan kongsikan tip supaya ruang yang kecil di dalam kediaman mampu didekorasikan supaya memanfaatkan pemilik atau penghuni kediaman itu sendiri:

1. Pilih warna dinding yang lembut

Apabila terdapat bilik yang kecil, pilih warna-warna yang lebih lembut seperti putih, krim, biru lembut, coklat lembut atau hijau lembut kerana warna-warna ini mampu memberi kesan luas dalam bilik yang kecil itu.

2. Jangan gunakan lampu hiasan siling yang rendah

Sebaik-baiknya jika anda ingin memasang lampu hiasan di dalam ruang yang kecil, pastikan tidak memasangnya dalam jarak yang rendah kerana ia akan memberi kesan lebih sempit.

Pilih rekaan lampu hiasan yang lebih ringkas kerana dekorasi lampu hiasan yang sarat pasti menjadikan ruang itu kelihatan lebih sempit.

GUNAKAN gambar yang ringkas sebagai hiasan dinding.
GUNAKAN gambar yang ringkas sebagai hiasan dinding.

3. Pilih perabot yang ringkas

Meskipun anda mempunyai banyak idea untuk mendekorasi sesebuah ruang di dalam kediaman, bagi ruang kecil yang letakkan terlalu banyak perabot nyata memberi 'kesesakan' di dalam ruang itu.

Pastikan anda memilih perabot yang tidak terlalu besar tetapi mampu memberi fungsi di dalam bilik itu contohnya katil bujang yang mempunyai tempat simpanan barangan di bawahnya.

4. Aksesori

Walaupun anda mempunyai ruang yang kecil, pastikan aksesori yang diletakkan di dalam ruang itu juga tidak terlalu banyak. Contohnya, jika ingin meletakkan bingkai gambar, pastikan ia tunggal dan motif lukisan tidak terlalu sarat kerana ia mampu memberi kesan kepada kepadatan di dalam bilik itu.

MILIKI perabot yang mampu memberi pelbagai fungsi.
MILIKI perabot yang mampu memberi pelbagai fungsi.

5. Cadar katil

Perkara ini antara yang paling kurang mendapat perhatian kerana kita sering merasakan cadar hanya perlu mengikut cita rasa peribadi.

Namun, motif cadar yang membalut tilam anda itu juga boleh membantu menjadikan ruang di dalam bilik supaya kelihatan lebih luas.

Sebaik-baiknya jangan memilih cadar yang mempunyai corak yang sarat. Cukup dengan motif ringkas atau polos kerana ia lebih nampak tenang apabila berada di dalam ruang yang agak kecil.

6. Langsir

Sebaik-baiknya apabila anda ingin memasang laggsir di dalam bilik yang mempunyai tingkap pastikan ia berada rel penyangkutnya dan berada di paras yang paling tinggi.

Ini kerana lebih tinggi langsir yang digantungkan lebih nampak luas jarak antara siling dan juga lantai di dalam bilik berkenaan.

Pastikan motif atau corak langsir berkenaan juga tidak terlalu serabut dengan pelbagai hiasan. Lebih ringkas lebih sesuai untuk ruang yang kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Oktober 2022 @ 6:12 AM