GUARDIAN kini menjadi destinasi utama masyarakat untuk  barangan penjagaan dan kecantikan.
GUARDIAN kini menjadi destinasi utama masyarakat untuk barangan penjagaan dan kecantikan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MESKIPUN baharu diperkenalkan namun kategori ikonik di guardian Malaysia (guardian), #IYKYK Beauty semakin mendapat perhatian penggemar kecantikan di negara ini.

Sebagai komitmen untuk kekal di hadapan dalam trend global, barisan kategori ikonik itu kini ditambah kepada 76 jenama kecantikan dan kesejahteraan secara keseluruhannya di stornya.

Ia bagi memastikan pelanggan mendapat akses kepada inovasi terkini pada harga yang kompetitif.

Pengarah Komersial guardian Malaysia, Anna Hull berkata, pelebaran kategori itu memperkukuhkan lagi komitmen pihaknya untuk menawarkan produk kecantikan terkini kepada pelanggan.

Katanya, sejak pembentukannya pada Januari 2024, kategori #IYKYK Beauty meraih kejayaan luar biasa, mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk produk kecantikan inovatif dan membentuk trend.

"Melalui kategori ikonik ini, kami menempatkan diri sebagai peneraju dalam mempamerkan trend-trend kecantikan yang baharu muncul di Malaysia.

"Menerusi kerjasama dengan platform media sosial dan pencipta kandungan, kami juga berjaya menyusun sebuah koleksi jenama sensasi yang menarik perhatian peminat-peminat kecantikan dalam talian di seluruh negara.

"Sambutan memberangsangkan terhadap kategori ini menggariskan kepercayaan kami terhadap kepentingan menjadikan jenama-jenama dalam talian yang sensasi ini mudah diakses pelanggan sama ada di dalam talian mahupun di stor fizikal," katanya pada majlis di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya, baru-baru ini.

Kategori ikonik itu direka untuk menonjolkan jenama yang menambat hati warga dalam talian dan hangat dibincangkan di platform media sosial.

Dengan membawa masuk jenama-jenama itu ke dalam stor guardian di seluruh negara, syarikat itu menyasarkan untuk menyediakan pelanggan akses langsung kepada produk berkenaan.

Dalam pada itu, pelebaran kategori itu merangkumi enam bahagian berbeza iaitu Trending Beauty, Clean Beauty, Gentle To Skin, MY Beauty, Glass Skin dan Glowing Inside Out

Dalam ruangan Clean Beauty, ia kini menawarkan 13 jenama, manakala 14 jenama akan tersedia dalam segmen Gentle To Skin.

Selain itu, enam jenama baharu akan ditampilkan dalam kategori Trending Beauty, bersama enam jenama untuk Glass Skin dan 14 jenama untuk Glowing Inside Out.

Di samping itu, 12 jenama baharu buatan Malaysia juga akan melengkapkan 11 jenama yang sedia ada.

Anna berkata, guardian kini menjadi destinasi utama masyarakat untuk semua barangan yang mewarnai ruangan penjagaan kecantikan.

Untuk itu, kategori terbabit akan dikemaskini secara kerap dengan jenama-jenama yang baharu diperkenalkan tepat pada masanya bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat trend kecantikan dalam talian terkini.

Katanya, House of Creators guardian, yang bertujuan memperkasakan pencipta kandungan di Malaysia turut menghasilkan kemajuan besar dengan lebih 80 pencipta kandungan digital kini dilatih untuk mencipta kandungan yang lebih baik dan berkesan.

"Melalui usaha ini, kami juga dapat menghasilkan ekosistem kandungan media sosial yang dinamik dan membina generasi pencipta kandungan kesihatan dan kecantikan yang seterusnya.

"Kami sangat teruja untuk memperkenalkan jenama-jenama baharu ini, yang dijangka bakal mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat kecantikan di seluruh negara.

"Selain itu, kami berhasrat untuk berkhidmat sebagai pentas untuk jenama kecantikan Malaysia yang mencapai kejayaan yang signifikan di dunia dalam talian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 6:46 AM