KABINET dapur turut menggunakan kemasan lamina polos yang digabungkan dengan lamina bertekstur kayu berkilat.
KABINET dapur turut menggunakan kemasan lamina polos yang digabungkan dengan lamina bertekstur kayu berkilat.
KABINET televisyen dalam rekaan praktikal selain kemasan kertas dinding menarik.
KABINET televisyen dalam rekaan praktikal selain kemasan kertas dinding menarik.
PADA ruang ini, kertas dinding dilihat memainkan peranan sebagai titik fokal.
PADA ruang ini, kertas dinding dilihat memainkan peranan sebagai titik fokal.
KONSEP moden dengan garapan kertas dinding warna ‘earthy’ tambah karakter dekoratif.
KONSEP moden dengan garapan kertas dinding warna ‘earthy’ tambah karakter dekoratif.
Oleh Hartini Mohd Nawi


Fasih berbahasa Melayu dan layanan mesra saat membuat liputan di kediamannya terasa bagaikan sudah lama mengenali insan ini.

Sikap merendah diri begitu menebal dalam jiwa Durga Devi Mohanan, 27 dan suaminya, Rathakrishnan Govindan, 32, apabila ditanya penataan pilihan untuk kediaman di USJ Heights, Subang Jaya itu.

Kuchen Idea Sdn Bhd (Kuchen Idea ) adalah syarikat hiasan dalaman yang dilantik pasangan ini untuk menyerlahkan dekorasi pilihan.

“Segala urusan hiasan dalaman kami serahkan kepada Kuchen Idea. Malah sudah bekerjasama sejak 2013 lagi.

“Sebaik membeli kediaman ini, bajet pengubahsuaian dan dekorasi sudah diperuntukkan.

“Hasil gabungan idea dengan syarikat dalaman profesional ini membuatkan ruang tampil berbeza dan kami benar-benar berpuas hati,” kata Durga Devi.

Konsep moden dipilih untuk gaya keseluruhan dengan garapan kertas dinding warna-warna ‘earthy’ bagi menambahkan karakter dekoratif pada latar dinding.

Dalam menambah gaya eksklusif, kertas dinding dari jenama terkemuka Daniel Hatcher, Raffi, Michalsky dan Porsche Design Studio diketengahkan.

Kedua-dua ruang tamu, ruang makan dan dapur kering kelihatan didominasi kertas dinding.

Mengindahkan suasana, ruang tamu pertama digayakan dalam aura santai dilengkapi set sofa daripada kemasan kayu serta sebuah meja konsol yang dipenuhi gambar perkahwinan serta gambar anak sulung mereka, Varun Naidu.

Ia antara ruang yang diserlahkan dengan konsep moden klasik kerana sebahagian perabot berasaskan kemasan kayu dalam mencipta persekitaran segar semula jadi.

Ruang itu pula dipisahkan dengan ruang makan menerusi binaan sempadan yang direka khas dengan pelbagai fungsi.

Sama ada pembahagi ruang dan kabinet peragaan cenderahati atau bingkai gambar, ia menggunakan kemasan lamina berkilat.

“Ruang tamu kedua ini lebih kepada lokasi meredakan tekanan dan santai yang ditampilkan dalam suasana ‘cosy’ lengkap dengan set sofa kulit berwarna lembut.

“Kabinet televisyen pula dalam rekaan praktikal selain kemasan kertas dinding rona gelap,” katanya.

Paduan dua warna itu membuatkan ruang yang biasa-biasa saja menyerlah dalam keselesaan tersendiri.

Tidak ketinggalan ruang dapur kering juga menggunakan kombinasi warna terang dan gelap.

Kabinet dapur turut menggunakan kemasan lamina polos yang digabungkan dengan lamina bertekstur kayu berkilat hingga menampakkan suasana elegan apabila disempurnakan dengan perkakas dapur dari warna-warna garang.

Ketika menuju ke tingkat atas, penggunaan kertas dinding yang dipasang pada keseluruhan dinding anak tangga benar-benar mencuri perhatian.

Latar itu menampilkan keunikan kertas dinding bertekstur bagaikan kemasan batu dalam rona gelap tetapi harmoni.

Ditambah dengan simbahan cahaya sebaik lampu hiasan terpasang yang secara tidak langsung memberikan kesan tenang.

Sementara itu, bilik tidur utama yang luas memberi peluang kepada pasangan ini untuk mewujudkan dekorasi menarik.

Bilik itu dibahagikan kepada dua bahagian dengan ruang utama kelihatan tersusun rapi perhiasannya.

Kemasan kulit pada kepala katil, latar dinding fokus pula menyerlah dengan lamina dan kertas dinding. Begitu juga dengan meja sisi yang menarik dengan kemasan kayu berlamina.

Bahagian kedua adalah ‘walk in wardrobe,’ yang sinonim dengan ruang untuk paparan koleksi beg tangan, kasut, pakaian dan minyak wangi pasangan berkenaan.

Hingga akhir temu bual, Durga Devi masih menyelitkan kata-kata pujian tanda penghargaan buat Kuchen Idea.

“Khidmat selepas jualan juga terbaik dan mereka sedia membantu apabila diperlukan. Anda yang masih tercari-cari pereka dalaman sesuai, Kuchen Idea adalah pilihannya,” kata Durga Devi.

Daripada kaca mata pereka dalaman

Menurut Pengarah Urusan Kuchen Idea, Tengku Khirlinah Tengku Khadtap, setiap ruang mempunyai identiti tersendiri.

Di kediaman unik ini dinding di setiap ruang diberikan sentuhan kertas dinding dengan rekaan,warna dan tekstur berbeza.

“Ini dapat dilihat dengan jelas di ruang makan seluruh dinding dijadikan titik tumpu dengan pemasangan kertas dinding bercorak daun,” katanya yang turut membangunkan syarikat itu bersama suaminya, Mohd Kamal Hussin.

Dari jauh kelihatan seperti sebuah lukisan besar yang begitu menarik apatah lagi penggunaan warna asas kertas dinding itu dalam warna lembut sementara warna objeknya pula dari warna gelap.

“Malah kertas dinding itu turut mempunyai kesan tiga dimensi atau 3D dengan tekstur daunnya kelihatan seperti timbul.

“Begitu juga dengan ruang lain apabila kertas dinding mempunyai karakter tersendiri menerusi warna cerah dengan tekstur lebih kecil,” katanya.

Kuchen Idea Sdn Bhd sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang pakar dalam hiasan dalaman termasuk kertas dinding, kabinet dapur dan almari pasang siap.

Anda berminat, sila kunjungi Kuchen Idea di Putra Palms Business Suites, No 8, Jalan Putra Murni 3/2A, Putra Heights Seksyen 3, Subang Jaya.

Layari juga Facebook Kuchen Idea atau laman web www.kuchenidea.com.my

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mac 2016 @ 5:54 AM