Kediaman Dr Hasnul dan Allahyarham Habibah
Kediaman Dr Hasnul dan Allahyarham Habibah

Nilai: Ahli keluarga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr Hasnul Sani Mujtabar dan isterinya, Allahyarham Datin Habibah Mahmud mula berkumpul di kediaman mereka di Impiana Residence, Putra Nilai, di sini.

Tinjauan Harian Metro mendapati kira-kira 10 ahli keluarga pasangan berkenaan berada di rumah itu.

Seorang ahli keluarga pasangan itu yang enggan dikenali berkata, dia sekeluarga terkejut apabila mendapat tahu mengenai berkenaan yang mengorbankan Habibah.

Katanya, buat masa ini pihaknya enggan mengulas lanjut berikutan belum mendapat butiran terperinci daripada Wisma Putra.

Habibah terbunuh manakala Dr Hasnul cedera selepas helikopter Mi-17 milik tentera Pakistan dinaiki mereka bersama beberapa diplomat asing terhempas di Lembah Gilgit, Pakistan, pagi tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 11:29 PM