LOKASI helikoter terhempas. FOTO CNN
LOKASI helikoter terhempas. FOTO CNN

Islamabad (Pakistan): Taliban Pakistan mendakwa bertanggungjawab menyebabkan nahas helikopter yang mengorbankan dua juruterbang dan empat penumpang termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Gilgit, Pakistan hari ini.

"Helikopter berkenaan ditembak menggunakan peluru berpandu anti-pesawat," menurut kenyataan jurucakap Taliban, Muhammad Khorasani yang diemel kepada BBC.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Pakistan, Asim Bajwa menafikan dakwaan berkenaan dan berkata insiden disebabkan masalah teknikal.

Lokasi nahas dilaporkan bukan wilayah dikuasai Taliban. - BBC

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 7:16 PM