KIM (tengah) bersama Emily Chan dan Lee Min Ho.
KIM (tengah) bersama Emily Chan dan Lee Min Ho.

11street memperkenalkan laman e-dagang khusus untuk pasaran tempatan, www.11street.my yang menawarkan pilihan produk meluas seperti fesyen, elektronik, barang runcit, kesihatan dan kecantikan, kanak-kanak, bayi, santai, sukan, kediaman, buku, perkhidmatan serta e-baucar.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hoseok Kim memaklumkan, pelancaran 11Street di Malaysia hasil aspirasi syarikat untuk menawarkan platform membeli-belah ‘online’ yang mudah dan boleh dipercayai.

“Mereka kini boleh membeli pelbagai produk berkualiti pada harga yang cukup kompetitif,” katanya ketika melancarkan laman itu, baru-baru ini selain memperkenalkan duta produk, Lee Min Ho dan Emily Chan.

11Street mula ditubuhkan di Korea Selatan pada 2008 dan kini berkembang menjadi salah satu pasaran e-dagang terkemuka global dengan lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia.

“Dengan kehadirannya yang kukuh di peringkat global, perbezaan utama 11Street adalah gabungan yang seimbang antara jenama tempatan dan antarabangsa, maka pembeli boleh membeli produk berkualiti bukan saja daripada penjual tempatan, malah peniaga yang boleh dipercayai dari seluruh dunia,” kata Kim.

Jelasnya, 11street bekerjasama dengan peniaga untuk memberikan tawaran harga yang kompetitif demi manfaat pengguna di Malaysia.

“Kami faham pengguna tempatan kini agak tertekan berikutan peningkatan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2015 @ 1:20 PM