KIM (dua dari kiri) bertukar MoU dengan Bong.
KIM (dua dari kiri) bertukar MoU dengan Bong.

Kuala Lumpur: Platform beli-belah dalam talian terbesar di Malaysia, 11street dan KWC Fashion Mall menandatangani memorandum persefahaman bagi menawarkan produk KWC melalui laman web berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif 11street, Hoseok Kim berkata, melalui perjanjian itu produk dari KWC boleh didapati di 11street merangkumi pakaian yang dijual pada harga borong.

“Kerjasama ini secara tidak langsung membantu meluaskan rangkaian produk dan menawarkan kepelbagaian kepada pengguna.

“Perkongsian antara 11street dan KWC mengukuhkan komitmen berterusan kami untuk membolehkan pengguna mencari apa yang mereka suka di 11street pada harga borong,” katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Pengurus Pusat KWC Fiona Bong berkata, kerjasama itu memberi manfaat kepada penyewa KWC meningkatkan kesedaran jenama.

“Dalam keadaan semasa, satu saluran pemasaran tidak mencukupi. Oleh itu, mengintegrasikan e-dagang dapat membantu peniaga berkembang dan mencapai jualan lebih baik,” katanya.

Pengguna kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah di KWC melalui portal web mudah 11street (www.11street.my) dan aplikasi mudah alih pada harga borong.

Lebih 2,000 item baru akan ditambah secara berperingkat setiap hari. Sempena musim perayaan, 11street menawarkan diskaun 70 peratus serta penghantaran percuma ke atas barangan terpilih.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Julai 2015 @ 5:56 AM