Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan negara Chong Wei Feng berkeras untuk beraksi pada Kejohanan Dunia di Jakarta Ogos ini.

Dia mendakwa rankingnya yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) jauh lebih baik daripada Zulfadli Zulkiffli dan Datuk Lee Chong Wei.

“Saya berada di ranking ke-31 dunia sedangkan Zulfadli 41, manakala Chong Wei 45. Secara dasarnya saya lebih layak ke Jakarta,” tegasnya.

Menurut pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu, tidak ada keraguan buat BAM menyenaraikannya sekalipun prestasinya sejak Januari lalu kurang memuaskan.

“Masalahnya apabila Chong Wei bebas daripada penggantungan BWF, kedudukan saya tidak lagi terjamin. Apapun saya harap dapat ke sana kerana mahu mengejar kedudukan ranking,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 7:13 AM