Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Selepas diberi ruang beraksi di Piala Sudirman 2015 Dongguan, Datuk Lee Chong Wei mungkin mendapat laluan istimewa daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermain di Kejohanan Dunia 2015 Jakarta.

Semalam ranking bekas pemain nombor satu dunia itu terus merudum ke tangga ke-45 dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) namun tempatnya untuk ke Kejohanan Dunia dijangka terjamin.

Menurut Setiausaha Kehormat BAM Ng Chin Chai, mereka akan memberi keutamaan kepada Chong Wei walaupun berdasarkan kedudukan semalam, Chong Wei Feng dan Zulfadli Zukiffli adalah dua pemain perseorangan terbaik negara di ranking ke-31 dan 41.

Hari ini BWF akan mengeluarkan senarai 64 pemain perseorangan bakal beraksi di Jakarta dari 10 hingga 16 Ogos depan berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan semalam.

“Kita tidak tahu bagaimana senarai bakal dikeluarkan BWF tetapi menyenaraikan Chong Wei satu kepentingan untuk negara bagi meletakkan pemain terbaik di kejohanan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mei 2015 @ 7:09 AM