Chong Wei (tengah) terpilih ke Kejohanan Dunia pada 10 hingga 16 Ogos depan di Jakarta, Indonesia bersama Zulfadli Zulkiffli (gambar fail). FOTO Osman Adnan
Chong Wei (tengah) terpilih ke Kejohanan Dunia pada 10 hingga 16 Ogos depan di Jakarta, Indonesia bersama Zulfadli Zulkiffli (gambar fail). FOTO Osman Adnan
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil keputusan menyenaraikan Datuk Lee Chong Wei serta Zulfadli Zulkiffli ke Kejohanan Dunia pada 10 hingga 16 Ogos depan di Jakarta, Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden BAM Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff pada sidang media sebentar tadi selepas mempengerusikan mesyuarat exco BAM di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Keputusan itu juga menyaksikan Chong Wei Feng terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Chong Wei.

Wei Feng serta Zulfadli sebelum ini layak secara merit ke Kejohanan Dunia selepas masing-masing menduduki ranking ke-31 dan 41, lebih tinggi berbanding Chong Wei yang menduduki ranking 45.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hanya membenarkan dua pemain perseorangan bagi setiap negara untuk beraksi di Kejohanan Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 2:06 PM