FOTO ihsan bomba
FOTO ihsan bomba
Oleh Balkiss Jazimah Zahari


Ipoh: Dua terbunuh termasuk kanak-kanak manakala seorang lagi cedera apabila kereta yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan treler di kilometer 10 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, 1.30 petang tadi.

Jucucakap bomba negeri berkata, mangsa, kanak-kanak berkenaan dan seorang perempuan dewasa berusia 51 tahun dipercayai maut ditempat kejadian.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.34 petang mengenai kemalangan membabitkan kereta yang dinaiki mangsa jenis Proton Saga BML dengan treler berkenaan.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian anggota bertindak menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di dalamnya.

"Dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki berusia 52 tahun cedera," katanya.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh diserahkan kepada polis manakala mangsa cedera diserahkan kepada ambulan untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, operasi diketuai Penguasa Bomba Kanan II Abdul Razak dan operasi ditamatkan pada 3.07 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 April 2015 @ 6:55 PM