ZAHARAH merenung nasibnya yang tinggal di bangsal kecil dibina penduduk kampung selepas banjir meranapkan rumahnya.
ZAHARAH merenung nasibnya yang tinggal di bangsal kecil dibina penduduk kampung selepas banjir meranapkan rumahnya.
Oleh Ramli Ibrahim


Gua Musang: “Saya nak lupakan semuanya. Tak mahu ulas pasal mereka,” kata Zaharah Sulong, 65, warga emas yang tinggal sebatang kara di Kampung Bertam Baru, di sini.

Wanita itu berkata demikian apabila ditanya mengenai tujuh anaknya yang didakwa tidak pernah menjenguknya sejak 17 tahun lalu.

Malah, Zaharah turut keseorangan di kampung berkenaan apabila tidak mempunyai saudara terdekat, manakala suaminya Ismail Ibrahim meninggal dunia ketika berusia 40-an, kira-kira 35 tahun lalu.

Nasibnya lebih malang apabila banjir besar, Disember lalu meranapkan rumahnya menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah jiran, sebelum penduduk kampung bergotong-royong membina bangsal kecil untuknya berteduh.

“Ini saja (bangsal) harta yang saya ada selepas rumah ranap akibat banjir lalu. Saya tak ada harta lain termasuk anak. Mereka sudah lama saya lupakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:25 AM