Orang ramai mengambil kesempatan memancing dalam acara pembukaan tagal.
Orang ramai mengambil kesempatan memancing dalam acara pembukaan tagal.
 Rawie  (kiri) dan adiknya, Rechie menunjukkan  belud yang ditangkap.
Rawie (kiri) dan adiknya, Rechie menunjukkan belud yang ditangkap.
myMetro

Ranau: Belut seberat 19 kilogram (kg) antara hasil tangkapan pembukaan Tagal Sungai Liwagu Kogibangan, Kampung Paus, dekat sini, yang ditagal sejak 11 tahun lalu.

Pembukaan acara tagal itu, semalam dilakukan bagi membaik pulih kawasan tagal dan menarik pelancong berkunjung sambil beriadah dengan aktiviti memancing.

Dalam acara itu, pasangan adik-beradik Rawie Julis, 25, dan Rechie, 23, bertuah kerana memancing ikan terbesar di kawasan tagal iaitu belut seberat 19 kg.

“Ini pengalaman menyeronokkan dan tidak mungkin kami lupakan.

“Memang tidak menyangka dapat memancing belut sebesar itu,” katanya.

Acara itu turut menarik pelancong dari luar daerah ini termasuk kaki pancing dari Kuala Lumpur yang kebetulan berada di daerah ini untuk melancong.

Pengerusi Persatuan Tagal Kampung Paus, Julis Yabi berkata, Sungai Liwagu Kogibangan mula ditagal dari 2006 lagi selepas menyahut cabaran dan saranan Jabatan Perikanan, di sini, untuk sama-sama menjalankan Program Tagal sungai di daerah ini.

“Tagal Kampung Paus dibuka untuk pelancong setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Di samping itu, pertandingan memancing dijalankan tiga bulan sekali.

“Saya dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Tagal Kampung Paus sentiasa komited dan berbincang untuk memajukan program Tagal di kampung ini.

“Satu usaha kita termasuk upacara Pembukaan Tagal hari ini (semalam) yang kita selitkan aktiviti memancing dan terbukti mendapat sambutan menggalakkan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 9:26 AM