SHAHIDAN  ketika meninjau latihan CDERT-SUKBA di Dataran Berombak Tasik Permai, Rantau Panjang.
SHAHIDAN ketika meninjau latihan CDERT-SUKBA di Dataran Berombak Tasik Permai, Rantau Panjang.

Rantau Panjang: Bagi mengelakkan kerugian lebih besar dan kehilangan nyawa, mangsa banjir digalakkan berpindah lebih awal iaitu sehari atau dua hari sebelum bah melanda.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, langkah itu diambil demi keselamatan semua pihak seperti yang dilaksanakan di negara maju.

Katanya, pusat pemindahan juga akan dibuka lebih awal daripada biasa iaitu sebelum berlaku banjir.

“Pembukaan pusat pemindahan lebih awal ini bagi memudahkan mangsa mendaftarkan diri dan berteduh.

“Saya galakkan mereka berpindah sebelum paras air naik kerana dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda selain ia juga dapat mengurangkan penggunaan bot kerana kawasan pedalaman mempunyai banyak halangan untuk kita masuk membantu mangsa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran CDERT-SUKBA (Sukarelawan Bencana Alam) di Dataran Berombak Tasik Permai, di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2015 @ 5:04 AM