ANGGOTA polis mengiringi Shaikh Abdul Wahab (dua kiri) dan anaknya, Shaikh Abdul Shukor (dua kanan) di Mahkamah Majistret. FOTO Mikail Ong
ANGGOTA polis mengiringi Shaikh Abdul Wahab (dua kiri) dan anaknya, Shaikh Abdul Shukor (dua kanan) di Mahkamah Majistret. FOTO Mikail Ong
Oleh Siti Sofia Md Nasir


Georgetown: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas kesalahan meludah dan menampar seorang anggota polis pada 15 April lalu.

Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bersama anaknya, Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh di Jalan Pattani, Georgetown.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Majistret L Umma Devi kemudian menetapkan jaminan RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Mahkamah kemudian menetapkan kes akan disebut semula pada 19 Mei hadapan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 12:02 PM