KENDERAAN  dicuri suspek yang dirampas.
KENDERAAN dicuri suspek yang dirampas.
Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Seorang ahli kumpulan curi kereta mewah yang dikenali sebagai Geng Specky menyerah diri selepas isteri dan ibu mentuanya gagal meloloskan diri ketika dikejar sepasukan polis yang melancarkan Ops Lejang bagi memburu suspek yang baru melarikan kenderaan Honda HRV dalam kejadian di Bulatan Sungai Pari, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, lelaki berkenaan, 30, menyerah diri susulan isterinya, 27, dan ibu mentuanya, 51, ditahan polis selepas dikejar hampir 30 minit.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, terdahulu pada jam 5.30 pagi hari yang sama, suspek dipercayai memecah masuk rumah di Jelapang, di sini, dan melarikan Honda HRV dimiliki mangsa berusia 42 tahun yang baru membelinya dua minggu lalu.

Menurutnya, susulan maklumat berhubung kes curi itu, polis menjalankan operasi mengesan kenderaan berkenaan sebelum menemuinya di persimpangan lampu isyarat di Taman Pertama, di sini.

“Pasukan polis mengesan kenderaan terbabit bersama kenderaan pelbagai guna Toyota Estima yang dinaiki suspek bersama isteri dan ibu mentuanya, namun sebaik polis cuba mendekati, suspek masuk dalam Honda HRV sebelum memecut untuk melarikan diri manakala isteri dan ibu mentuanya yang menaiki Toyota Estima turut memecut untuk meloloskan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 7:25 AM