AIDIL Zafuan (kanan) diasak pemain FELDA United, Edward Wilson pada perlawanan di Stadium Larkin, Johor Bahru, kelmarin.
AIDIL Zafuan (kanan) diasak pemain FELDA United, Edward Wilson pada perlawanan di Stadium Larkin, Johor Bahru, kelmarin.
Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Kapten Johor Darul Ta'zim (Johor DT), Aidil Zafuan Radzak pasrah apabila keinginan untuk beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini tidak kesampaian selepas dilayangkan kad kuning pada separuh akhir kedua di Stadium Larkin, kelmarin.

Aidil kini mengumpul dua kad kuning sepanjang saingan kalah mati piala berprestij itu dan terlepas aksi final menentang Pahang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Ia kali kedua berturut-turut Aidil tidak dapat beraksi pada final selepas musim lalu turut menerima nasib sama apabila dilayangkan kad merah pada separuh akhir Piala FA menentang LionsXII.

"Gembira sebab Johor DT layak ke final, tapi berduka kerana saya tidak dapat beraksi malah ia amat memeritkan kerana tidak dapat beraksi pada final musim ini selepas turut digantung pada final Piala FA musim lalu.

"Di sebalik rasa kecewa itu, saya tetap puas hati kerana membantu Johor DT layak ke final piala berprestij buat kali pertama dan kami semakin hampir melakar kejuaraan berganda selepas muncul juara Liga Super musim ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:03 AM