Seramai 11 ahli Kelab Kembara MSU mengambil bahagian dalam pertandinganVarsity Artificial Wall Climbing Championship 2014 di Putrajaya Challenge Park, Presint 5, baru-baru ini.

Pertandingan peringkat kebangsaan itu anjuran Kementerian Pendidikan dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Program dua hari itu bertujuan melahirkan pelajar cergas dan sihat selain mewujudkan budaya kecemerlangan serta aktif dalam sukan.

Peserta MSU, Muhammad Taqiuddin Mohd Zulkifli yang juga pelajar Diploma in Leisure Outdoor and Adventure Management muncul sebagai pemenang kategori Men-Speed manakala Muhammad Qayyim Nureen Mohd Nor dan Aurelia Darinnova Aurigia Bimasakti meraih tempat keempat dalam kategori (Mixed Relay Team (Group Speed Climbing).

Muhammad Taqiuddin berkata, dia bersemangat menyertai pertandingan itu selepas memperoleh sokongan rakan-rakan dan pensyarah.

"Persaingan memang hebat namun berbekal dorongan serta latihan sebelum ini, saya kuatkan semangat.

"Saya tidak percaya boleh meraih kemenangan namun ia berbaloi dengan usaha keras dilakukan.

"Kemenangan ini ditujukan buat MSU kerana memberi peluang saya serta rakan lain membuktikan kemampuan kami,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:02 AM