KEADAAN lori dipandu mangsa yang terbabit kemalangan pagi tadi. FOTO Arifin Salleh
KEADAAN lori dipandu mangsa yang terbabit kemalangan pagi tadi. FOTO Arifin Salleh
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Pemandu lori membawa muatan akhbar maut selepas kenderaan dipandu merempuh belakang lori lain di Kilometer 205.5 Lebuhraya PLUS arah selatan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, mangsa Mohd Hamirul Abd Rahman, 35, mati di tempat kejadian kerana parah di perut dan anggota badan.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas Mohd Hamirul yang memandu lori satu tan bersendirian dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan merempuh lori 10 tan dipandu B Kalaiselvam, 25, yang diparkir di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf yang mengesahkan kejadian berkata, mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan mereka yang mempunyai maklumat boleh tampil bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 11:23 AM