KEADAAN mayat lelaki warga emas yang maut dalam kemalangan.
KEADAAN mayat lelaki warga emas yang maut dalam kemalangan.
Oleh Arifin Salleh

Alor Gajah: Lelaki warga emas yang hidup gelandangan terbunuh selepas motosikal ditunggang terbabit kemalangan dengan kereta di Jalan Pengkalan-Kelemak, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang itu, mangsa N Muniandy, 61, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di anggota badan termasuk dada.

Kemalangan dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa dari arah Kelemak hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu lelaki berusia 22 tahun.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusof mengesahkan kejadian dan berkata, mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekayen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 10:21 AM