ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa tersepit.
Nur Saliawati Salberi

Alor Gajah: Lelaki maut akibat tersepit dalam kereta Perodua Myvi dipandu, manakala rakannya patah tangan selepas merempuh belakang lori dalam kejadian di Kilometer 217, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, mangsa, S Arvin, 23, disahkan maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Seremban untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakan wanita berusia 23 tahun dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, sebelum kejadian kereta mangsa berada di belakang lori.

“Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar bahagian belakang lori.

“Akibat perlanggaran kereta itu terbabas ke kiri jalan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2018 @ 7:31 AM