KEADAAN kilang tenusu di Hodeida, barat Yaman selepas dibom, semalam.
KEADAAN kilang tenusu di Hodeida, barat Yaman selepas dibom, semalam.
AP

Sanaa: Jet pejuang tentera Arab Saudi mengebom kedudukan militan Houthi di utara dan selatan Yaman pada awal pagi semalam menyebabkan letupan besar dan serangan balas oleh meriam antipesawat.

Sebuah kilang di bandar Hodeida turut musnah terkena serangan berkenaan dan menyebabkan seramai 35 pekerja terbunuh, kata saksi dan pegawai.

Kempen serangan udara tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi terhadap militan Houthi masuk hari ketujuh semalam.

Serangan itu bertujuan melemahkan militan Houthi yang disokong Iran dan dibantu tentera yang setia terhadap bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.

Sejak melancarkan serangan pada tahun lalu, kumpulan itu kini menguasai Sanaa, ibu kota Yaman dan beberapa wilayah lain.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 7:58 AM