SHARIFAH Shawati
SHARIFAH Shawati
MUSTAPA
MUSTAPA

Kuala Lumpur: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensinya akan menganjurkan Forum Keusahawanan Malaysia 2015 (Fokem) pada 26 Mac ini.

Forum berkenaan yang akan dirasmikan Menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyediakan platform bagi usahawan yang sudah berjaya untuk berkongsi pengalaman dengan peserta forum.

Melalui forum ini, peserta berpeluang mendengar pengalaman usahawan meraih kejayaan dan berinteraksi melalui sesi soal jawab.

Ia turut memberi ruang kepada peserta untuk membina rangkaian perniagaan dengan usahawan lain dalam pelbagai industri.

Penyertaan adalah percuma dan ia terbuka kepada semua usahawan sama ada yang baru berjinak-jinak dalam bidang ini atau yang mahu mengembangkan perniagaan mereka.

Forum ini akan menampilkan Datuk Khadijah Ibrahim dan Datin Sharifah Shawati Syed Mohd sebagai moderator dalam segmen Bicara Bersama Menteri.

Ia juga dijangka disertai 24 ahli panel yang terdiri daripada usahawan daripada pelbagai industri.

Untuk maklumat lanjut mengenai Fokem, boleh hubungi 03-62077636 atau 03-62077635.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 7:56 AM