KLBS ’23 bakal dimeriahkan dengan kumpulan rock Wings.
KLBS ’23 bakal dimeriahkan dengan kumpulan rock Wings.
Lizam Ridzuan

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS 23) buat julung kali bakal diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pada Ogos hadapan.

Ia adalah anjuran Moventuum Sdn Bhd dan Majalah RodaRoda (Bayu D Enterprise Sdn Bhd), KLBS '23 akan menjadi pameran pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan industri dua roda.

Pengarah Moventuum Farouk Nurish berkata ia bukan sekadar pameran malah terdapat pelbagai aktiviti seperti muzik, fesyen dan gaya hidup.

"KLBS '23 akan diadakan selama empat hari turut dipenuhi dengan pameran dan pelancaran motosikal baharu selain mengetengahkan industri basikal dan produk-produk berkaitan,"

"Paling menarik kumpulan rock lagenda Wings juga bakal mengadakan persembahan dalam acara ini yang bukan sahaja menambah kemeriahan malah menarik lebih ramai pengujung yang disasarkan 50,000 untuk acara ini," katanya.

Turut hadir merasmikan KLBS '23 ialah Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar selain wakil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Bayu D Enterprise Dr Yusseri Yusoff, berkata, KLBS 23 bersedia untuk mengambil tempat penting dalam industri sebagai pentas yang sangat diperlukan untuk jenama dan pemain industri untuk mengetengahkan teknologi terkini dan perkembangan produk.

"Statistik segmen motosikal elektrik menunjukkan terdapat potensi besar terutamanya dengan tumpuan kerajaan baru-baru ini terhadap kenderaan elektrik (EV) dan rantaian bekalan yang berkaitan, dan bertepatan masanya kami memastikan EV beroda dua pada tahap teknologi yang berbeza-beza disertakan dalam pameran ini," katanya.

KLBS '23 turut mengajurkan forum dmenerusi panel yang membincangkan 'Era Baru Keselamatan Jalan Raya' yang dianjurkan oleh Crisis Management Centre dan National Press Club of Malaysia.

Selain itu dalam sesi lain akan membincangkan aspek 'Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dan Mobiliti' yang dianjurkan oleh Malaysia Global Business Forum.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 6:29 PM