Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan KitaLawan, Sabtu lalu.

Penahanan Teo yang juga Ahli Parlimen Rasah itu dibuat 11.16 pagi di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika beliau datang untuk direkod keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah ketika mengesahkan perkara itu berkata, Teo ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

“€œBeliau baru ditahan, sama ada akan direman atau tidak bergantung kepada siasatan polis,”€ katanya ketika ditanya mengenai perkara itu.

Sebelum ini, polis turut menahan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli, Koodinator Jingga 13 Mohd Fariz Musa, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelana Jaya Saifullah Zulkifli serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 1:39 PM