PRABAKARAN bersama sebahagian orang ramai berkumpul membuat bantahan mengenai kenaikan harga barang. FOTO Eizairi Shamsudin
PRABAKARAN bersama sebahagian orang ramai berkumpul membuat bantahan mengenai kenaikan harga barang. FOTO Eizairi Shamsudin
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti 10 individu yang hadir pada Himpunan Kenaikan Harga Barang di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi memaklumkan siasatan berhubung himpunan itu dijalankan mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Tinjauan Harian Metro di lokasi terbabit mendapati himpunan itu tidak mendapat sambutan apabila hanya disertai 10 individu.

Himpunan yang disertai oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu bermula jam 3.30 petang.

Ia berlangsung kira-kira 20 minit dan dikawal oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di lokasi terbabit.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga himpunan itu berakhir kira-kira 4 petang tadi.

Turut hadir dalam himpunan itu adalah Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 7:30 PM