Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Kerajaan Melaka menyalurkan 1.1 juta gelen air seharu terawat kepada Negeri Sembilan mulai 1 Mac lalu berikutan paras air Empangan Gemencheh yang turun ke tahap kritikal.

Berikutan itu Perjanjian Bekalan Air Terawat Antara Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dimeterai di sini, sebentar tadi.

Majlis disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Harun manakala SAINS diwakili Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan.

Idris berkata, tempoh bekalan air terawat itu bermula 1 Mac hingga 1 Jun ini.

"Kuantiti maksimum bekalan adalah 1.1 juta gelen sehari untuk 5,100 akaun pengguna sahaja.

"Kadar bayaran yang dipersetujui adalah RM1.40 kubik meter padu," katanya pada sidang media selepas majlis berkenaan.

SAMB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ir Mohd Khalid Nasir manakala SAINS diwakili Pengarahnya Wan Rasdi Wan Ismail.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 1:32 PM