ROSMAN (kanan) sudah tawar hati.
ROSMAN (kanan) sudah tawar hati.
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Sehari selepas menerima perkhabaran positif permohonannya sedia dipertimbangkan jika memohon semula, Rosman Alwi membuat keputusan drastik dengan memutuskan untuk melupakan hasratnya menjadi jurulatih berbasikal.

Pengalaman permohonan ditolak Majlis Sukan Negara (MSN) membuatkan hatinya cukup terguris dan Rosman, bekas pelumba negara, tidak bercadang kembali menaburkan bakti bersama badan induk sukan itu.

Katanya, hatinya sudah tertutup selepas permohonannya ditolak empat kali hingga mendorongnya mengambil keputusan melupakan hasrat menjadi jurulatih kebangsaan.

“Saya bagaikan mengemis hanya kerana ingin menaburkan bakti dan mencurah pengalaman yang ada bagi membimbing atlet berbasikal negara.

“Saya sendiri tidak faham apa yang mereka inginkan biarpun dikatakan mengamalkan dasar terbuka, tapi banyak persoalan yang masih menjadi tanda tanya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:11 AM