KETANDUSAN pelapis buat sukan berbasikal semakin merudum.
KETANDUSAN pelapis buat sukan berbasikal semakin merudum.
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Kegagalan skuad berbasikal negara menghasilkan lebih banyak Azizulhasni Awang bukan kerana ketua jurulatih negara, John Beasley tapi yang harus dipersalahkan adalah Majlis Sukan Negara (MSN).

"MSN harus bertanggungjawab atas kegagalan skuad berbasikal negara kerana Beasley sudah membuktikan kemampuannya sebagai jurulatih," itu tegas bekas pelumba negara, Rosman Alwi.

Rosman yang pernah muncul juara pecut Asia tidak bersetuju dengan tindakan segelintir ahli majlis Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mempersoalkan kemampuan Beasley selepas lebih enam tahun mengendalikan skuad berbasikal negara. 

Katanya, mereka tidak harus mempertikaikan Beasley kerana jurulatih kelahiran Australia itulah yang mengangkat sukan berbasikal negara daripada tidak dikenali kepada sebuah negara digeruni bukan hanya di peringkat Asia malah di antarabangsa menerusi Azizul yang pernah menghuni ranking nombor satu dunia dalam acara keirin.

"Seharusnya kesalahan itu diletakkan kepada 'kepala' yang mengendalikan sukan itu. Kita hanya lihat Beasley dan meletakkan semua kesalahan kepadanya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 7:37 AM