Hanoi: Lesen laman sesawang Tuoi Nguoi Cao dibatalkan selepas akhbar berkenaan menerbitkan artikel mengenai “penyalahgunaan kebebasan dan hak demokratik,” kata pihak berkuasa, semalam.

Pembatalan lesen itu dibuat sebagai sebahagian daripada tindakan keras kerajaan terhadap kebebasan akhbar di negara komunis berkenaan.

Menurut Kementerian Penerangan dan Komunikasi, laman sesawang Tuoi Nguoi Cao (bermaksud “Tua”) harus ditutup, manakala ketua pengarangnya, Kim Quoc Hoa mesti dipecat.

Sejak tengah hari semalam, laman sesawang nguoicaotuoi.org.vn sudah tidak dapat diakses. Bagaimanapun, edisi cetakan masih diterbitkan.

Semua akhbar dan saluran televisyen di Vietnam dikawal kerajaan.

Beberapa tahun kebelakangan ini, penerbitan menjadi medan mengkritik kerajaan secara lantang selain membongkarkan beberapa cerita utama mengenai pembabitan pegawai kanan kerajaan dalam skandal rasuah.

Parti Komunis Vietnam yang mentadbir negara itu sejak 1975 amat sensitif terhadap kritikan mengenai pemerintahannya.

Majoriti akhbar di negara itu menyampaikan cerita hambar dan bebas bukan kontroversi. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Februari 2015 @ 7:30 AM