TRANG. FOTO Agensi
TRANG. FOTO Agensi
AP

Hanoi: Mahkamah Vietnam menolak rayuan wartawan dan aktivis demokrasi terkenal Pham Doan Trang, yang dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan propaganda menentang negara.

Mahkamah Agung Hanoi mengekalkan hukuman yang dijatuhkan kepada lelaki berusia 44 tahun itu pada Disember, lapor akhbar, Tuoi Tre.

Hakim ketika perbicaraan mahkamah Khamis lalu berkata, tindakan Trang membawa bahaya kepada masyarakat, melanggar kestabilan kerajaan dan hukumannya adalah wajar.

Trang, yang menafikan pertuduhan itu, terkenal dengan sikap lantangnya bersuara termasuk kesaksamaan jantina, hak asasi manusia dan demokrasi.

Trang diberikan Anugerah Wanita Keberanian Antarabangsa Setiausaha Negara 2022.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Ned Price berkata, penahanan berterusan Trang adalah contoh terkini dalam corak penangkapan dan hukuman yang membimbangkan terhadap individu di Vietnam kerana menyuarakan pendapat mereka secara aman.

"Kami menyeru kerajaan Vietnam membebaskan Trang dan membenarkan semua individu di Vietnam menggunakan hak mereka untuk kebebasan bersuara, tanpa rasa takut dengan tindakan balas, selaras dengan peruntukan hak asasi manusia dalam perlembagaan Vietnam dan kewajipan dan komitmen antarabangsa Vietnam," katanya dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2022 @ 2:40 PM