HM Digital

DUA pengarang kanan The Star digantung tugas susulan kontroversi laporan muka depan akhbar itu pada 27 Mei lalu.

The Star Online hari ini melaporkan, Ketua Pengarangnya, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan Pengarang Eksekutif Dorairaj Nadason digantung tugas sehingga diberitahu kelak.

Mereka digantung daripada tugas masing-masing dan siasatan terhadap isu itu akan dijalankan tidak lama lagi.

Pengarah Urusan Kumpulan Star Media yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi editorial dalam tempoh itu.

Pengarang yang terbabit dan Kumpulan Star Media akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan siasatan isu itu, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 8:44 PM