Clare Rewcastle Brown.
Clare Rewcastle Brown.
Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur : Polis memperoleh waran tangkap terhadap Pengasas dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown selepas waran terbabit dikeluarkan Mahkamah Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya juga akan membuat permohonan untuk meletakkan nama Clare dalam senarai orang yang dikehendaki ASEANAPOL dan notis merah Interpol.

"Waran terbabit berkaitan dengan kesalahan-kesalahan yang didakwa dilakukan di bawah Seksyen 124B dan 124I," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beberapa pihak sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap portal Sarawak Report kerana dipercayai cuba memfitnah dan menjatuhkan reputasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk didakwa memalsukan dokumen yang membawa kepada banyak pendedahan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Pengarangnya, Lester Melanyi pula dalam pengakuan melalui laman blog, lestermelanyi.blogspot.com mendedahkan beliau menerima bayaran RM2,975 (500 pound sterling) seminggu bagi memalsukan pelbagai dokumen sebelum disiarkan di laman portal itu bertujuan menjejaskan reputasi Perdana Menteri termasuk mengaitkannya dengan isu dana 1MDB.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2015 @ 7:48 PM