MIOR Faridaltrash Wahid (kanan) bersama pegawainya menunjukkan empat megazine dan 76 butir peluru yang dirampas ketika sidang media. FOTO Amir Irsyad Omar
MIOR Faridaltrash Wahid (kanan) bersama pegawainya menunjukkan empat megazine dan 76 butir peluru yang dirampas ketika sidang media. FOTO Amir Irsyad Omar
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

 

Georgetown: Tiga pekerja pembersihan alat pendingin terkejut selepas menemui tiga bom tangan serta 76 peluru hidup dan tiga kelopak peluru yang disorokkan dalam beg yang ditinggalkan di belakang alat pendingin hawa di premis kosong di Jalan Tun Dr Awang, Bukit Jambul di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridaltrash Wahid berkata, kejadian berlaku pada 9 malam apabila seorang lelaki berusia 65 tahun menemui beg hitam di belakang kompresor alat pendingin hawa.

Beliau berkata, ketika pemeriksaan dilakukan dia menemui tiga butir bom tangan , 76 butir peluru berukuran 5.56mm yang digunakan untuk senjata M16 dan tiga kelopak peluru menyebabkan dia membuat laporan diBalai Polis Sungai Nibong.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis di tingkat satu itu sebelum ini digunakan sebagai salon rambut tetapi dikosongkan sejak beberapa bulan lalu.

"Bom berkenaan masih aktif dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Senjata Api 1972 dan kami berusaha mengesan pemilik premis berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 January 2015 @ 8:48 AM