RAMLI (dua kanan) menunjukkan minuman keras dan minuman tenaga yang dirampas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
RAMLI (dua kanan) menunjukkan minuman keras dan minuman tenaga yang dirampas. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Oleh Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Pasukan Ops Pintas Khas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas minuman keras dan minuman bertenaga seludup bernilai RM75,960 dalam empat kes berasingan membabitkan nilai cukai RM131,687 di Gelang Patah di sini, mulai 16 hingga 20 Januari lalu.

Pengarah Kastam Johor, Datuk Ramli Johari berkata, barangan berkenaan diseludup masuk dari Singapura menerusi Lebuhraya Link Kedua.

Beliau berkata, ia diseludup dengan empat kenderaaan termasuk dua kereta pacuan empat roda selain dua lori.

"Tiga lelaki iaitu dua pemandu selain seorang kelindan warga tempatan berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

"Kami masih memburu dua lelaki yang melarikan diri.

"Kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967," katanya pada sidang media di Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia 2015 Peringkat Negeri Johor di Menara Kastam di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 1:12 PM