Muhammad Saufi Hassan


Apple secara rasminya mengumumkan pembukaan 'Apple Store' pertama di negara ini pada 22 Jun depan.

  Kedai fizikal pertama mereka itu yang berada di TRX Exchange Kuala Lumpur bakal menjadi lokasi pertama 'Apple Store' di negara ini.

  Jualan fizikal berkenaan bukan sekadar menjual barangan pintar milik syarikat berkenaan tetapi menawarkan skala penuh pengalaman pengguna untuk jenama berkenaan.

  Pembukaan kedai pertama di negara ini dijangka merubah landskap kepenggunaan peranti pintar khususnya untuk jenama berkenaan.

  Ia juga memberikan pengalaman baharu kepada pengguna untuk merasai mana-mana produk Apple yang berada di pasaran.

  Kedai fizikal di TRX Exchange berkenaan akan dibuka bermula jam 10 pagi pada 22 Jun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2024 @ 12:48 PM