BERNAMA

Washington: Seorang juruterbang terselamat daripada kemalangan versi pembangunan pesawat pejuang F-35 tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Albuquerque pada petang Selasa, lapor United Press International (UPI).

Lockheed Martin menerbangkan pesawat itu ke Pangkalan Tentera Udara Edwards di California Selatan, tetapi pesawat terbabit terhempas di bahagian selatan lapangan terbang.

Pesawat itu terbakar, namun api dipadamkan oleh anggota bomba tempatan.

Juruterbang keluar menggunakan ejektor dari pesawat dan sedar apabila pasukan tindak balas kecemasan tiba dan membawanya ke hospital berdekatan untuk rawatan.

PESAWAT terbabit terhempas di bahagian selatan lapangan terbang. FOTO X
PESAWAT terbabit terhempas di bahagian selatan lapangan terbang. FOTO X

Pasukan penyelamat juga merawat dua orang awam yang mengalami kecederaan ringan selepas serpihan melintasi jalan dan mengenai mereka.

Punca kemalangan itu tidak dilaporkan tetapi didakwa membabitkan sebuah pesawat dari Pangkalan Tentera Udara Kirtland.

F-35 Lightning II adalah pejuang generasi kelima supersonik satu tempat duduk yang mampu terbang sehingga 1,200 batu (kira-kira 1,931 kilometer) sejam dan mencapai ketinggian maksimum 50,000 kaki (kira-kira 15,544 meter).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Mei 2024 @ 12:52 PM