GARY (dua dari kiri) ketika  majlis pengenalan pemain Johor DT.
GARY (dua dari kiri) ketika majlis pengenalan pemain Johor DT.
Oleh Norul Awatif Romli


Alor Setar: Kedah tetap bertegas dengan pendirian bekas pemain Harimau Muda A, Gary Steven Robbat, 22, adalah pemain Helang Merah dan kehadirannya mampu memperkukuhkan jentera pasukan bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir meluahkan perasaan kesal terhadap pemain tengah kebangsaan itu apabila dikatakan menyertai Johor Darul Ta'zim (Johor DT) tanpa rundingan bersama Kedah selepas pada awalnya dilaporkan sudah menandatangani kontrak dengan Pahang.

Katanya, semua pihak sedia maklum mengikut peraturan yang disahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semua pemain Harimau Muda harus pulang ke negeri masing-masing apabila tidak terikat dengan pasukan terbabit.

"Dalam senarai pemain terbabit, nama Gary selaku pemain Kedah juga disebut di tangga pertama. Justeru, kami amat menantikan kepulangannya terlebih dulu sebelum membuat perbincangan dengan pasukan Pahang.

"Bagaimanapun, tidak lama kemudian timbul pula isu dia menandatangani kontrak dengan Johor DT tanpa mengadakan perbincangan dengan Kedah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 January 2015 @ 5:20 AM