PENDIRIAN polis amat tegas terhadap pihak yang ingin menjadi ahli militan IS.
PENDIRIAN polis amat tegas terhadap pihak yang ingin menjadi ahli militan IS.
Oleh Amir Abd Hamid

Kuala Lumpur: Hampir 95 peratus kes individu Malaysia yang terbabit menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria adalah melalui media sosial termasuk Facebook (FB).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kumpulan miltan IS memiliki ribuan ‘cyber trooper’ yang digunakan untuk berinteraksi dengan masyarakat Islam sedunia bagi mempromosikan ideologi kumpulan itu.

Beliau berkata, mereka menyasarkan belia berusia 20-an dan awal 30-an daripada pelbagai latar belakang.

“Ada yang bekerja sebagai guru agama, kakitangan kerajaan, ada yang tiada pekerjaan dan ahli perniagaan.

“Setakat ini 59 rakyat Malaysia sudah kita tahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:09 AM