Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berterusan mempertingkatkan keselamatan negara selepas mengetahui seruan Islamic State (IS) yang disebarkan melalui media sosial supaya pengikutnya melakukan serangan di beberapa negara.

Penolong Pengarah (E8), Counter Terrorism, Cawangan Khas PDRM Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata menerusi majalah Dabiq, IS menyeru pengikutnya melakukan serangan di beberapa negara termasuk Malaysia.

Menurutnya, pihaknya sudah dan akan berterusan meningkatkan keselamatan di kawasan yang berkepentingan kepada negara.

"Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan termasuklah di kedutaan asing dan tempat tempat yang menjadi kunjungan awam," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2015 @ 10:48 PM