REEN yakin pencalonan di ABPBH 3.0 bukan kerana isu panas tapi penghargaan ahli kelab ReenduYou.
REEN yakin pencalonan di ABPBH 3.0 bukan kerana isu panas tapi penghargaan ahli kelab ReenduYou.
Rudy Imran Shamsudin

Walaupun Reen Rahim, 28, takut kontroversi, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Runtun Qalbu itu tidak mampu untuk mengelaknya.

Paling menjadi sebutan, kontroversi ugutan daripada individu yang cuba memburukkan namanya dengan membuat pelbagai dakwaan.

Tambah pula isu terbabit berpanjangan sehingga membawa perbalahan dalam kalangan peminat di laman sosial. Untuk meredakan situasi, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim terpaksa tampil membuat laporan polis.

Perkara itu secara tiba-tiba membuatkan namanya menjadi sebutan, walaupun sebelum ini, sepanjang lima tahun pembabitannya dalam bidang lakonan, dia cuba mengelak daripada sebarang isu dan kontroversi.

Ia juga dikatakan membantunya untuk dicalonkan dalam kategori besar di Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH3.0) bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Pelbagai persepsi mula timbul, tambah pula melihat calon lain bukan calang-calang seperti Erra Fazira, Fazura, Nelydia Senrose dan Siti Saleha.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Mei 2017 @ 8:30 AM