DENGAN bantuan rakan akrab, jadual kerja terurus lancar.
DENGAN bantuan rakan akrab, jadual kerja terurus lancar.
Oleh Norhayati Nordin


Bermula dari bawah, pelakon Reen Rahim, 27, perlu bertatih dengan sabar untuk dikenali. Baginya, tiada jalan pintas untuk berjaya.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim menghargai apa yang dimiliki kini sepanjang tiga tahun membina nama sebagai anak seni. Malah juara Pilih Kasih musim ketiga pada 2012 itu enggan dikenali kerana kontroversi.

Pernah terpalit gosip dengan dakwaan ditangkap khalwat dan isu berbikini ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand pada Mac tahun lalu, Reen akui kini lebih berhati-hati.

Katanya, dia sudah melupakan kontroversi yang pernah dilalui dan membuka lembaran baru. Kini dia lebih berhati-hati dalam apa saja dilakukan.

“Saya juga selesa mengurus jadual kerja sendiri. Meskipun tawaran berlakon tidak putus, saya sentiasa pastikan jadual kerja juga tidak bertindan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 September 2015 @ 5:02 AM