KONTINJEN Rumah Laksamana bersama guru pengiring ceria selepas dinobat juara sukan tahunan SK Sg Buloh, baru-baru ini.
KONTINJEN Rumah Laksamana bersama guru pengiring ceria selepas dinobat juara sukan tahunan SK Sg Buloh, baru-baru ini.
Mohd Badlishah Mohd Ali


Sungai Buloh: Impian Rumah Laksamana untuk menakluk Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Sg Buloh akhirnya menjadi kenyataan apabila diumumkan juara keseluruhan edisi ke-29 baru-baru ini.

Kejayaan mengumpul 15 emas, 13 perak dan 3 gangsa sudah memadai untuk Rumah Laksamana diangkat juara apabila gagal disaingi kontinjen Rumah Bendahara, Panglima dan Temenggong.

Rumah Laksamana yang dikendalikan Mohd Rosli Abd Razak, Murtaza Muhammad Shuid, Tarmizi Mohd Zain, Norsharizan Mohd Azmi, Umi Kalsom Arbain, Mazlida Mohamad, Norhayati Ismail, Arbaiyah Soyono dan V Latchumy Piriyatarisiny itu menunggu enam tahun untuk merealisasikan impian muncul juara.

Atlet Rumah Bendahara Annuar Haris Qairul Nizam dianugerahkan gelaran Olahragawan manakala Putri Nor Qamarina Nor Mazman (Laksamana) Olahragawati.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 9:51 AM